Friday, September 18, 2015

assalamualaikum, seri pagi yang indah penuh keberkatan. semoga hari ini kita semakin dekat padaNYA.

keutamaan hari ini ialah nak pastikan berat badan turun lagi...tapi agak malas nak bersenam. Mudah dengan kawal pemakanan dan ambil banyak air kosong.  
Wahai tuhan kami, Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharakanlah kami dari azab api neraka...aminn

Pagi yang penuh barokah..dah lama saya x menulis dlm blog ni. mmg agak bz. Nak buat mcm mana..tuntutan kerja yang bertambah dari hari ke hari.

saya telah mulakan bulan sept ni dengan aktiviti kardio yang agresif..tiap2 hari ada latihan..perghhh... mmg penat..mcm nak .... Saya terasa nak berubah dengan sendiri..tak de ransangan atau paksaan dr sesiapa. Sebelum nih..nak bersenam mmg ada...cukup sekadar niat. Tapi tiada tindakan susulan. akibatnya just tengok youtube senaman sambil makan kudapan..

Saya nekad untuk sertai kelab Sayap Emas Fitness. Diajar oleh coach Fir daus. Memang mulanya agak janggal..sebab yg mengajar lelaki. tapi, kuat tekad dan nk capai berat ideal. Saya dibimbing tanpa ada rasa belas kasihan...cehh...sebab habis peluh kat badan berderaian...hmmm

Minggu pertama adalah satu penyeksaan...nak berlari setempat pon..x larat. Ya Allah...dah tahap kritikal nih...

Masuk hari ke2..3...4... saya dah berjaya membiasakan diri dengan aktiviti kardio oleh coach Fir daus. Memang la agak tersiksa...tp..lama kelamaan...saya mampu buat sit up sampai 70x. skipping sampai 200x.

Sesuatu yg saya tak pernah duga mampu buat!. Paling best ialah tiap kali latihan, masa berjalan tak terasa...pada saya ini adalah kejayaan coach buat aktiviti tak membosankan.

Ada kelapangan saya belajar sesuatu yang baru...muaythai.. perkara pertama ialah saya punching...lenguh tangan kiri dan kanan. Juga "upper cut"..."hook"...tendangan layang...perghhhh...dah macam atlet muay thai pulak...heee...yang pasti kaki kanan saya mampu beri tendangan yang kuat...sape berani??




Tuesday, August 11, 2015

Rabu

Peluang untuk ubah nasib ialah dengan berfikiran positif.

1. Baik sangka dengan semua orang. Mungkin ada sebab mereka buat sst yg kita tak suka.
2. Ubah minda jadi kuat dengan fokus pada diri, tingkatkan  amalan baik.
3. Biar buat sesuatu ikhlas dan hati jadi tenang aman bahàgia.
4. Jangan fokus pada kelebihan dan kekurangan orang lain.
5. Percaya pada keupayaan diri untuk menjadi bertambah baik dari hari ke hari.
6. Kurangkan bercakap benda yang sia2.
7. Letak sasaran untuk hebat kerana Allah bukan untuk ujub dan riak.
8. Sentiasa rebut peluang untuk jadi lebih baik daripada semalam.
9. Banyakkan bersedekah..duit, ilmu, harta dll pada orang yang memerlukan.
10. Usah berkeluh kesah jika sedang diuji...kerana ujian Allah beri banyak sebab untuk kita semakin hebat dan berjaya.

Wednesday, August 5, 2015

Rabu

Tips untuk anak belajar saat akhir upsr:
1. Permulaan perlu pastikan anak lengkap solat 5 waktu.
2. Pastikan anak mendapat cukup rehat...jangan asyik belajar je..seimbangkan dengan sukan...riadah
3. Makanan yang seimbang...banyak makan kismis...madu...
4. Beri kasih sayang...jgn marah2...jgn bg anak stress...
5. Beri ruang belajar dan galakan untuk anak...jangan la family lepak depan tv...anak exam suh baca buku dalam bilik...
6. Fokus pada subjek sangat lemah
7. Ulangkaji juga untuk subjek yang lain..
8. Tumpuan untuk yang anak yang exam lebih...kerana mereka sedang berjuang....jangan hamburkan kata2 negatif.
9. Cari guru personal untuk subjek yang sangat lemah...
10. Biar berabis byk untuk buku2, kelas tuisyen, guru personal...dll sebab...anak exam upsr sekali je dalam seumur hidupnya...heee

Untuk sesiapa yang mmg ditakdirkn x perlu susah2 untuk score A dlm upsr, anda patut lebih bersyukur...

Kesukaran seseorang diukur melalui persediaan masing2 dalam  menghadapi sesuatu exam...bersabarlah wahai anak2 ...orang yang berjaya tidak pernah beri banyak alasan!!.

Saturday, August 1, 2015

Terima kasih Allah

Bermula saat ini, blog ini akan jadi wadah suara hati ini. Tq abang....love u.

Gembira harini sebab banyak perkara dah selesai. Untuk hari esok,  meski banyak yang bakal ditempuh...berilah aku kekuatan ya Allah untuk menempuhinya.