Tuesday, August 11, 2015

Rabu

Peluang untuk ubah nasib ialah dengan berfikiran positif.

1. Baik sangka dengan semua orang. Mungkin ada sebab mereka buat sst yg kita tak suka.
2. Ubah minda jadi kuat dengan fokus pada diri, tingkatkan  amalan baik.
3. Biar buat sesuatu ikhlas dan hati jadi tenang aman bahàgia.
4. Jangan fokus pada kelebihan dan kekurangan orang lain.
5. Percaya pada keupayaan diri untuk menjadi bertambah baik dari hari ke hari.
6. Kurangkan bercakap benda yang sia2.
7. Letak sasaran untuk hebat kerana Allah bukan untuk ujub dan riak.
8. Sentiasa rebut peluang untuk jadi lebih baik daripada semalam.
9. Banyakkan bersedekah..duit, ilmu, harta dll pada orang yang memerlukan.
10. Usah berkeluh kesah jika sedang diuji...kerana ujian Allah beri banyak sebab untuk kita semakin hebat dan berjaya.

Wednesday, August 5, 2015

Rabu

Tips untuk anak belajar saat akhir upsr:
1. Permulaan perlu pastikan anak lengkap solat 5 waktu.
2. Pastikan anak mendapat cukup rehat...jangan asyik belajar je..seimbangkan dengan sukan...riadah
3. Makanan yang seimbang...banyak makan kismis...madu...
4. Beri kasih sayang...jgn marah2...jgn bg anak stress...
5. Beri ruang belajar dan galakan untuk anak...jangan la family lepak depan tv...anak exam suh baca buku dalam bilik...
6. Fokus pada subjek sangat lemah
7. Ulangkaji juga untuk subjek yang lain..
8. Tumpuan untuk yang anak yang exam lebih...kerana mereka sedang berjuang....jangan hamburkan kata2 negatif.
9. Cari guru personal untuk subjek yang sangat lemah...
10. Biar berabis byk untuk buku2, kelas tuisyen, guru personal...dll sebab...anak exam upsr sekali je dalam seumur hidupnya...heee

Untuk sesiapa yang mmg ditakdirkn x perlu susah2 untuk score A dlm upsr, anda patut lebih bersyukur...

Kesukaran seseorang diukur melalui persediaan masing2 dalam  menghadapi sesuatu exam...bersabarlah wahai anak2 ...orang yang berjaya tidak pernah beri banyak alasan!!.

Saturday, August 1, 2015

Terima kasih Allah

Bermula saat ini, blog ini akan jadi wadah suara hati ini. Tq abang....love u.

Gembira harini sebab banyak perkara dah selesai. Untuk hari esok,  meski banyak yang bakal ditempuh...berilah aku kekuatan ya Allah untuk menempuhinya.